Apply Personal Financing Now

Please Enter Your Details

All fields are required*

RM
RM
I agree to receive WhatsApp message from ES Link
By typing your contact information, you agree to our terms & conditions. We respect your privacy and are committed to handle your personal information safely and responsibly.

5 Cara Tingkatkan Skor Kredit Anda Mohon Pinjaman Bank

Skor kredit umpama buku laporan dan tanpa skor kredit yang baik, ianya akan membebankan anda untuk membuat pinjaman lagi dengan pihak bank.

Jangan risau kerana tidaklah berapa sukar untuk memperbaiki skor anda dan tidak juga berlaku didalam masa yang singkat.

Di bawah Niaga Kini akan berkongsi tips untuk membantu anda.

1. Bayar bil tepat pada masanya

Untuk pengetahuan anda, bank gemar pelanggan mereka yang membayar bil tepat pada waktunya. Jika terdapat sejarah pembayaran lewat, ianya akan terpapar di laporan kredit Bank Negara, dan laporan ini juga boleh diakses oleh seluruh bank.

Rekod buruk dalam laporan kredit tidak akan terpadam dalam jangka masa yang lama dan bank juga boleh menjadi menjadi amat tidak pemaaf!

2. Punyai pekerjaan yang baik

Dengan mempunyai kerja yang pendapatan kukuh akan membantu dalam meningkatkan skor kredit. Mempunyai sumber pendapatan yang kukuh merupakan petunjuk bahawa anda berkemungkinan tidak akan mengabaikan atau melewatkan pembayaran pinjaman anda.

Hal ini juga bermakna, anda juga bukanlah seorang peminjam yang berisiko kepada bank. Peminjam yang kurang berisiko biasanya punyai skor kredit lebih baik.

3. Punyai beberapa aset

Jika anda mempunyai beberapa aset, skor kredit anda akan meningkat. Bank memandang aset seperti pelaburan hartanah dan deposit simpanan sebagai petanda bahawa kewangan anda dalam keadaan baik.

4. Kurangkan hutang anda

Untuk mendapatkan skor kredit yang lebih baik, anda bukan sahaja perlu memastikan anda mematuhi pembayaran hutang, namun jika anda mampu untuk membayar penuh baki hutang yang tertunggak, anda juga disarankan untuk melakukan hal tersebut.

Mengurangkan bilangan kad kredit serta hutang anda juga merupakan tindakan yang bagus. Hal ini kerana, apabila bank menyedari yang anda juga meminjam dari tempat lain, serta mempunyai tanggungan hutang yang banyak anda akan mengalami kesulitan.

5. Jadilah pelanggan yang setia

Pada kebiasaannya, bank akan memberikan layanan yang lebih istimewa kepada pelanggan setia mereka. Mempunyai sejarah yang lama dengan sesebuah bank itu akan secara amnya dapat memperbaiki skor kredit anda dengan bank tersebut. Akan tetapi, jika anda boleh jimat banyak wang dengan menukar bank, berkemungkinan anda kene menukar bank.

Kesimpulannya, dapat dilihat ianya tidaklah berapa sukar untuk meningkatkan skor kredit anda, namun sebelum keluar dan membuat permohonan kad kredit baru, pastikan anda mempunyai jawapan di setiap pertanyaan ini iaitu:

  1. Mengapa anda perlukan kad kredit?
  2. Adakah anda sedar caj kad kredit yang akan dikenakan?
  3. Sejauh mana anda pandai urus kewangan peribadi anda?

[BACA: Bantuan Sehingga RM1000, Peluang Pekerjaan Untuk Belia 2021]

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.