Q1: Bagaimana cara memohon untuk mendapatkan pinjaman?
Proses yang pantas dan senang dalam 3 langkah mudah:
Langkah 1: Isi borang permohonan atas talian
Isikan borang dalam talian dengan butiran peribadi anda dengan meyatakan jumlah pinjaman dan tempoah pembayaran balik.
Langkah 2: Pihak Bandanet Sdn Bhd akan hubungi anda untu semakan kredit dan pengesahan. Bandanet Sdn Bhd akan hubungi anda melalui e-mel atau panggilan untuk membuat pengesahan jika anda memenuhi kelayakan pinjaman
Langkah 3:Hantarkan dokumen yang diperlukan dan tandatangan surat perjanjian.
Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, anda boleh menyerahkan dokumen yang dikehendaki kepada Bandanet Sdn Bhd iaitu, Kad pengenalan (MyKad), 3 bulan slip gaji dan penyata bank terkini, penyata KWSP terkini atau borang perisytiharan cukai, bil utiliti (seperti elektik, bil air & sebagainya) sebelum pergi ke sebuah pejabat Bandanet Sdn Bhd terdekat untuk menandatangani perjanjian pinjaman
Q2: Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?
Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk hampir apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:
- Gabungkan hutang
- Selesaikan bil kad kredit
- Membuka atau meluaskan perniagaan
- Perbelanjaan perubatan atau hospital
- Melanjutkan pelajaran
- Pembelian yang besar
- Membeli kereta
- Pengubahsuaian rumah
- Melancong
- Perkahwinan
Q3: Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?
Anda boleh meminjam dari RM1,000 sehingga RM10,000. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 6 bulan hingga 24 bulan. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda.
Q4: Berapa Jumlah Maksimum Kelayakan Pinjaman saya ?
Jumlah kelayakan pinjaman adalah berbeza mengikut pendapat individul.
Q5: Adakah saya layak meminjam?
Anda layak meminjam jika anda adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,000 termasuk elaun tetap
- Sekarang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor atau Negeri Sembilan
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman. Tiada tunggakan pinjaman lebih daripada 2 bulan
- Tiada "special attention account" dalam "Bank Negara Central Credit Reference Information System (CCRIS)"
Q6: Apakah jenis dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
- Kad pengenalan (MyKad)
- Slip Gaji 3 bulan terkini
- Penyata Bank 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terbaru atau Borang Pengesahan Cukai
- Bil Utiliti - Elektrik, air, atau lain lain
Q7: Berapa lamakah masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?
Anda boleh menerima pinjaman anda dari secepat 2 sehingga 5 hari bekerja.
Q8: Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?
Tidak. Oleh kerana ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda. Tetapi, penggunaan penjamin adalah dibenarkan.
Q9: Adakah Bandanet Sdn Bhd akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?
Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.
Q10: Adakah terdapat sebarang duti setem?
Ya, pinjaman termasuk sekali duti setem. Kadar duti setem mengikut jumlah pinjaman anda dengan Bandanet Sdn Bhd
Q11: Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?
Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui Interbank GIRO (IBG), deposit tunai, deposit cek, Auto Debit, Jompay, FPX atau MEPS ATM pemindahan dana.
Q12: Bolehkah saya melalukan bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?
Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Tiada bayaran awal penalti jika anda ingin menyelesaikan pinjaman anda.